PEMAKLUMAN BERKAITAN SISTEM CONSTRUCTION WASTE MANAGEMENT SYSTEM (CWMS)
Tarikh: 09/09/2024

PEMAKLUMAN BERKAITAN SISTEM CONSTRUCTION WASTE MANAGEMENT SYSTEM (CWMS)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui SWCorp telah membangunkan sistem Pengurusan Sisa Pembinaan dan Perobohan (Construction Waste Management System -CWMS) susulan daripada penguatkuasaan peraturan di bawah.
Selaras dengan penguatkuasaan Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (P.U. (A) 279/2018), bermula 1 Januari 2020, setiap pemungut sisa pembinaan WAJIB menggunakan sistem Construction and Demolition Waste Management System (CWMS) untuk tujuan rekod dan pemantauan.
Apa Itu CWMS? Sistem ini membantu pemegang lesen berkenaan merekod perkhidmatan pemungutan sisa pembinaan secara digital. Anda boleh memastikan segala aktiviti di tapak pembinaan patuh undang-undang dan mudah dipantau oleh pihak berkuasa.

Kenapa Daftar?
PERCUMA – Tiada kos pendaftaran.
Memudahkan pengurusan rekod sisa pembinaan.
Mengelakkan denda atau tindakan undang-undang.

Log Masuk Sekarang:
Peraturan-peraturan Pengurusan Sisa Pepejal Pembinaan Penggunaan Sistem CWMS
Jangan ketinggalan! Daftar sekarang dan jadikan tapak pembinaan anda lebih teratur dan mematuhi peraturan.
Sumber : SWCorp

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri