PEMAKLUMAN TAWARAN PENYEWAAN MYKIOSK
Tarikh: 24/02/2025
PEMAKLUMAN TAWARAN PENYEWAAN MYKIOSK
Dengan ini dimaklumkan bahawa tawaran penyewaan MyKiosk kini telah dibuka mulai 21 Februari 2025 sehingga 14 Mac 2025.
Pemohon yang berminat dikehendaki menghantar borang permohonan lengkap di Kaunter Jabatan Pelesenan, Aras 12, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Bangunan Temenggong Ibrahim, Jalan Medini Sentral 9, Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri sebagaimana keperluan berikut:
- Borang Permohonan Penjaja
- Salinan Sijil Pengendalian Makanan
- Salinan Kad Suntikan Thypoid (TY2) yang masih aktif.
- Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM) yang masih aktif.
- Salinan Penyata Akaun Bank Terkini yang diakui sah atas nama pemohon/Syarikat.
