PEMBUKAAN PENGOPERASIAN WAKTU MALAM DI HUTAN BANDAR MBIP DI TAMAN MUTIARA RINI PADA HARI SABTU DAN AHAD
Tarikh: 25/11/2024
PEMBUKAAN PENGOPERASIAN WAKTU MALAM DI HUTAN BANDAR MBIP DI TAMAN MUTIARA RINI PADA HARI SABTU DAN AHAD
Adalah dimaklumkan bahawa waktu pengoperasian Hutan Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di Taman Mutiara Rini, Skudai kini dilanjutkan bagi tujuan aktiviti rekreasi, riadah & perniagaan.
Berkuatkuasa pada 22 November 2024.
Isnin - Jumaat (6.00 pagi - 7.00 malam)
Sabtu - Ahad (6.00 pagi - 10.00 malam)
Bagi pengoperasian waktu malam, keseluruhan kawasan dibuka bagi kegunaan pengunjung.
Terdapat aktiviti sampingan pada waktu malam yang akan dianjurkan antaranya ialah Food Truck dengan pelbagai jualan makanan, permainan berlampu dan lain- lain, dengan tujuan sebagai peluang kepada pengunjung untuk beriadah dan beraktiviti rekreasi serta memberi peluang kepada peniaga kecil untuk menjana ekonomi.
Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan serta menjaga keselamatan dan kebersihan Hutan Bandar bagi menjaga keharmonian bersama.


