PERMOHONAN PERMIT SEMENTARA (KAKI LIMA/RUANG LEGAR) PREMIS PERNIAGAAN DALAM KAWASAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
Tarikh: 27/03/2025

PERMOHONAN PERMIT SEMENTARA (KAKI LIMA/RUANG LEGAR) PREMIS PERNIAGAAN DALAM KAWASAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

Permohonan ini terbuka kepada semua jenis premis perniagaan bagi meletak sementara barang dagangan pada waktu operasi dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, permit ini adalah dikecualikan bagi premis perniagaan jenis Restoran/ Kafe. Borang permohonan boleh dimuat turun di pautan QR yang disediakan dan boleh diakses melalui laman portal MBIP : https://www.mbip.gov.my/perkhidmatan/pelesesan

Permohonan adalah dibuka bermula 2 April 2025 (Rabu) dan boleh dihantar ke kaunter pejabat sebagaimana alamat berikut:

Kaunter Perkhidmatan, Aras G
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
Jalan Medini Sentral 9, Bandar Medini Iskandar
79250 Iskandar Puteri, Johor





PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri