PROGRAM KITAR SEMULA PANDU LALU @ DRIVE TO SAVE KEMBALI LAGI
Tarikh: 22/01/2025

PROGRAM KITAR SEMULA PANDU LALU @ DRIVE TO SAVE KEMBALI LAGI

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan CBH Recycle (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar akan menganjurkan Program Kitar Semula Pandu Lalu (Drive To Save) sebagaimana ketetapan berikut:

  • 25 Januari 2025 (Sabtu)
  • 8:00 pagi – 1:00 tengah hari
  • Tempat Letak Kenderaan Awam Menara MBIP Medini

Muat turun aplikasi iKarungguni dan daftar akaun anda sekarang untuk meyertai program
Kitar semula barang anda dan dapatkan ganjaran
WOW!!!
Jual Barangan Kitar Semula
(Kertas - RM 0.25/kg)
(Karton - RM 0.40/kg)
(Plastik - RM 0.60/kg)
(Aluminium - RM 3.00/kg)
(Besi - RM 0.60/kg)
Jual E-waste
(Perkakas Rumah: Vacuum, radio, periuk nasi, dll - RM 3.00/unit)
(Perkakas Pejabat: Laptop, CPU, mesin pencetak, dll - RM 3.00/unit)
(Barangan & Mesin Berharga: Mesin basuh, peti ais, mesin jahit - RM 5.00/unit)
(Perkakas lain: Telefon bimbit, mouse, keyboard, dll - RM 0.20/kg)
TIDAK MENERIMA BATERI, MENTOL, DAKWAT KATRIJ, KACA, AL-QURAN DAN KITAB BERUNSUR AGAMA
Jual Minyak Masak Terpakai
(RM 3.00/kg)
Hantar Fabrik/Pakaian Terpakai
Hantar Buku Terpakai
Hantar Barangan Terpakai
Selin daripada menghantar barangan kitar semula, anda juga boleh mendermakan buku-buku terpakai dan barangan terpakai seperti alat permainan kanak-kanak dan lain-lain. Barangan ini juga boleh diambil secara PERCUMA
Apa tunggu lagi??? Jom hantar barangan anda kepada kami.

SAVE THE DATE!



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri