Pembukaan Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 5.0
Tarikh: 04/03/2025
Pembukaan Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 5.0
Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon kini kembali untuk tahun 2025! Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Iskandar Regional Development Authority (IRDA), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan SWM Environment komited untuk meningkatkan dan mengiktiraf usaha rendah karbon dalam kalangan Komuniti Iskandar Puteri.
Temui Jawatankuasa Teknikal bagi mendapatkan maklumbalas berhubung idea projek rendah karbon anda pada sesi berikut
Tarikh: 13 Mac 2025 (Khamis)
Masa: 8.30 Pagi - 3.00 petang
Tempat: Auditorium, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
Sesi Pembentangan Geran 4.0 dan Penghargaan Geran IPRK 4.0
Masa: 8.30 Pagi - 10.30 pagi
Sesi Taklimat Pembukaan Geran IPRK 5.0 dan Konsultansi Geran IPRK 5.0
Masa: 11.00 Pagi - 3.00 Petang
Turut bersiaran langsung di Facebook MBIP (https://www.facebook.com/mbipcitycouncil/)
Kami mengalu-alukan kertas cadangan permohonan bagi pelaksanaan inisiatif rendah karbon dalam kalangan komuniti. Berikut merupakan maklumat bagi penawaran geran
Bidang keutamaan:
- Infrakstruktur Hijau dan Pintar
- Pengurusan Sisa yang Mampan
- Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
- Kejiranan Selamat
- Fokus Projek merentas bidang keutamaan
- Pertanian dan Sekuriti Makanan
- Adaptasi dan Mitigasi Iklim
- Pendidikan dan Kesedaran
- Permohonan dibuka kepada semua pihak yang berminat untuk menjalankan projek rendah karbon dalam kawasan MBIP.
- Peruntukan geran sehingga RM 50,000.00
- Layari pautan ini untuk maklumat lanjut : https://bit.ly/geranIPRK
- Kertas Cadangan Permohonan dan Garis Panduan Permohanan Geran


