DRIVE TO SAVE @ MBIP - JOM BUDAYAKAN AMALAN LESTARI DEMI GENERASI AKAN DATANG
Tarikh: 21/04/2024
DRIVE TO SAVE @ MBIP - JOM BUDAYAKAN AMALAN LESTARI DEMI GENERASI AKAN DATANG
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan CBH Recycle (M) Sdn Bhd akan menganjurkan Program Pandu Lalu Kitar Semula (Drive To Save) sebagaimana ketetapan berikut:Tarikh : 28 April 2024 (Ahad)
Masa : 9:00 pagi – 4:00 petang
Tempat : Tapak Letak Kenderaan Wisma MBIP, Skudai
Sila klik untuk ke lokasi: https://maps.app.goo.gl/NAsi3LBwbj3ydR9r5
Kitar semula barang anda dan dapatkan ganjaran
Jual Barangan Kitar Semula
(Kertas - RM 0.25/kg)
(Karton - RM 0.40/kg)
(Plastik - RM 0.60/kg)
(Aluminium - RM 3.00/kg)
(Besi - RM 0.60/kg)
Jual E-waste
(Perkakas Rumah: Seterika, radio, periuk nasi, dll - RM 3.00/unit)
(Perkakas Pejabat: Komputer, CPU, mesin pencetak, dll - RM 3.00/unit)
(Barangan & Mesin Berharga: Mesin basuh, peti ais, mesin jahit, dll - RM 5.00/unit)
(Perkakas lain: Telefon bimbit, mouse, keyboard, dll - RM 0.20/kg)
TIDAK MENERIMA BATERI, MENTOL, DAKWAT KATRIJ, KACA, AL-QURAN DAN KITAB BERUNSUR AGAMA !!
Jual Minyak Masak Terpakai
(RM 3.00/kg)
Hantar Fabrik/Pakaian Terpakai
Hantar Buku Terpakai
Hantar Barangan Terpakai
Selain daripada menghantar barangan kitar semula, anda juga boleh mendermakan buku-buku terpakai dan barangan terpakai seperti alat permainan kanak-kanak dan lain-lain untuk didermakan kepada sesiapa yang memerlukan.
Anda dijemput hadir dan bersama-sama kita menyokong usaha ke arah persekitaran hijau dan bebas sisa.
Apa tunggu lagi??? Jom hantar barangan anda kepada kami.

