DRIVE TO SAVE @ MBIP - JOM BUDAYAKAN AMALAN LESTARI DEMI GENERASI AKAN DATANG
Tarikh: 29/01/2026
DRIVE TO SAVE @ MBIP - JOM BUDAYAKAN AMALAN LESTARI DEMI GENERASI AKAN DATANG
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan CBH Recycle (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Sireh Park Dan Ahli Majlis Zon Bukit Horizon, Puan Wong Foong Yee akan menganjurkan Program Kitar Semula Pandu Lalu (Drive To Save) sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh: 7 Februari 2026 (Sabtu)
Masa: 8:00 pagi – 1:00 tengah hari
Tempat : Sireh Park (Parking C)
Sila klik untuk ke lokasi:
Muat turun aplikasi iKarungguni dan daftar akaun anda sekarang untuk meyertai program
Pengguna Android:
Pengguna iOS:
Kitar semula barang anda dan dapatkan ganjaran WOW!!!
Jual Barangan Kitar Semula
(Kertas - RM 0.25/kg)
(Karton - RM 0.40/kg)
(Plastik - RM 0.60/kg)
(Aluminium - RM 3.00/kg)
(Besi - RM 0.60/kg)
Jual E-waste
(Perkakas Rumah: Vacuum, radio, periuk nasi, dll - RM 3.00/unit)
(Perkakas Pejabat: Laptop, CPU, mesin pencetak, dll - RM 3.00/unit)
(Barangan & Mesin Berharga: Mesin basuh, peti ais, mesin jahit - RM 5.00/unit)
(Perkakas lain: Telefon bimbit, mouse, keyboard, dll - RM 0.20/kg)
TIDAK MENERIMA BATERI, MENTOL, DAKWAT KATRIJ, KACA, AL-QURAN DAN KITAB BERUNSUR AGAMA
Jual Minyak Masak Terpakai
(RM 3.00/kg)
- Bayaran adalah berdasarkan berat minyak sahaja (botol tidak termasuk)
- Bekas selain botol minyak akan ditolak
- CBH mempunyai hak muktamad dalam pengesahan berat
Hantar Fabrik/Pakaian Terpakai
Hantar Buku Terpakai
Hantar Barangan Terpakai
Selain daripada menghantar barangan kitar semula, anda juga boleh mendermakan buku-buku terpakai dan barangan terpakai seperti alat permainan kanak-kanak dan lain-lain. Barangan ini juga boleh diambil secara PERCUMA
Apa tunggu lagi??? Jom hantar barangan anda kepada kami.
SAVE THE DATE!


