JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSH DAY) MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP) 2026
Tarikh: 08/01/2026

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSH DAY) MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP) 2026

Bersempena Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Day) Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Tahun 2026, semua warga penduduk di sekitar kawasan MBIP adalah dijemput untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan seperti berikut:
1. Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan Bertemakan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
2. Pertandingan Personal Protective Equipment (PPE) Paling Kreatif (Terbuka Berkumpulan)
3. Pertandingan Mewarna Bertemakan “Sekolah Saya Selamat”
Tempoh Penyertaan:
1 Januari 2026 hingga 31 Januari 2026
Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan kreativiti anda kerana hadiah menarik menanti para pemenang.
Sila imbas kod QR untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan syarat-syarat pertandingan serta pendaftaran.
Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat pertandingan dan pendaftaran boleh didapati dengan mengimbas kod QR atau melalui pautan berikut:


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri