JEMPUTAN PENYERTAAN PROGRAM APRESIASI PENGURUSAN KOMUNITI BERSTRATA BAGI PIHAK PEMAJU, BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) DAN PERBADANAN PENGURUSAN (MC), MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI TAHUN 2026
Tarikh: 24/10/2025

JEMPUTAN PENYERTAAN PROGRAM APRESIASI PENGURUSAN KOMUNITI BERSTRATA BAGI PIHAK PEMAJU, BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) DAN PERBADANAN PENGURUSAN (MC), MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI TAHUN 2026


Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri melalui Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) akan menganjurkan Program Apresiasi Pengurusan Komuniti Berstrata bagi Pihak Pemaju, Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) buat julung kalinya bagi menghargai serta mengiktiraf pengurusan dan pentadbiran yang cemerlang dalam kalangan Pemaju, JMB dan MC.
Sehubungan itu, Pihak Pemaju, JMB dan MC di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dijemput untuk menyertai penilaian bagi program ini yang bertujuan untuk:
- Meningkatkan tahap profesionalisme dan kecekapan dalam pengurusan strata
- Mewujudkan persaingan sihat ke arah penambahbaikan mutu perkhidmatan
- Mengiktiraf usaha serta inisiatif pengurusan yang inovatif dan berkesan.
Pihak Pemaju, JMB, dan MC dialu-alukan untuk menghantar penyertaan sebelum tarikh tutup pada 15 November 2025 dengan mengimbas kod QR atau melalui pautan https://forms.gle/oLEAeqkr5cHCcgtD7.
Kerjasama dan penyertaan aktif daripada pihak Pemaju, JMB dan MC amat dihargai dalam menjayakan penyertaan ini. Semoga penyertaan ini dapat memupuk budaya pengurusan berdaya saing dan progresif dalam kalangan komuniti berstrata.
Bandaraya Pintar, Mampan, Sejahtera.

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri