KAUNTER CAWANGAN PELESENAN WISMA MBIP, SKUDAI KINI DIBUKA
Tarikh: 08/05/2026
KAUNTER CAWANGAN PELESENAN WISMA MBIP, SKUDAI KINI DIBUKA
Para peniaga kini boleh membuat permohonan lesen di Wisma MBIP, Skudai. Perkhidmatan yang disediakan adalah TERHAD bagi urusan seperti berikut:
Permohonan lesen tidak berisiko (1 hari)
- Semak jenis perniagaan yang boleh dipohon di pautan - https://tinyurl.com/semakanlesenskudai
Lesen penjaja sementara (1 hari)
- Terhad bagi penjaja di penempatan berpusat/pasar/gerai milik MBIP.
Permit tutup jalan (Perumahan)
- Permohonan bagi penutupan jalan sementara di kawasan perumahan.
Pengambilan dan pembayaran lesen
- Semua permohonan lesen yang telah diluluskan akan dimaklumkan kepada pemohon berserta nombor akaun lesen.
- Pemohon boleh mengambil dan membuat bayaran lesen di kaunter cawangan Wisma MBIP, Skudai walaupun permohonan dibuat di MBIP Medini.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Pelesenan, MBIP melalui talian 07-5555000 atau emel rasmi pelesenan@mbip.gov.my.

