NOTIS MAKLUMAN UMUM
Tarikh: 13/02/2026

NOTIS MAKLUMAN UMUM

Dimaklumkan kepada semua pengguna jalan raya bahawa kerja-kerja pembaikan ‘concrete barrier’ akan dilaksanakan di Lebuhraya Kota Iskandar FT52 SEC.7.50.
Tarikh : 13/02/2026 sehingga 5/3/2026
Tempoh : 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.
Sehubungan itu, penutupan lorong secara sementara dan berperingkat akan dilaksanakan di lokasi terlibat sepanjang tempoh kerja dijalankan bagi memastikan keselamatan pekerja dan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.
Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan kerja, mematuhi papan tanda keselamatan yang dipasang serta mengikuti arahan pengawal trafik di lokasi berkenaan.
Pengguna juga digalakkan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
Segala kesulitan yang dialami sepanjang tempoh pelaksanaan kerja ini amatlah dikesali. Kerjasama dan kesabaran semua pengguna jalan raya dalam memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang tempoh kerja dijalankan amatlah dihargai.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri