NOTIS PENUTUPAN JALAN
Tarikh: 17/01/2025

NOTIS PENUTUPAN JALAN

Operasi Penebangan Pokok Berisiko
Jalan Kilang Nenas, Skudai, Johor Darul Ta'zim

Adalah dimaklumkan bahawa operasi penebangan pokok berisiko akan dijalankan di kawasan sekitar Jalan Kilang Nenas. Tujuan operasi ini adalah bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, penduduk, dan peniaga setempat. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

FASA 1
Tarikh: 21 - 23 Januari 2025
Waktu Operasi: 9:00 pagi - 4:00 petang
Lokasi Terjejas: Kawasan premis perniagaan dan tempat letak kenderaan di Jalan Kilang Nenas.
Penutupan Jalan: Sepenuhnya pada 21 & 22 Januari 2025 untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penebangan pokok.

Tindakan Diperlukan:
1. Peniaga dan penduduk diminta mengosongkan kawasan tempat letak kenderaan sehari sebelum operasi bermula, iaitu pada 20 Januari 2025. selewat-lewatnya jam 10.00 malam.
2. Kawasan penutupan akan ditandakan lebih awal. Elakkan meletakkan kenderaan atau menyimpan barang di kawasan yang telah ditandakan sebagai zon operasi.
3. Gunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan jalan.

FASA 2
Tarikh: 28 Januari - 3 Februari 2025 (tertakluk kepada keadaan semasa di tapak dan cuaca)
Waktu Operasi: 9:00 pagi - 4:00 petang
Penutupan: Tiada penutupan jalan sepenuhnya. Namun, sebahagian kawasan tempat letak kenderaan akan ditutup untuk memudahkan kelancaran operasi.

PERHATIAN PENGGUNA JALAN RAYA DAN PENDUDUK
1. Mohon kerjasama untuk mematuhi arahan petugas di lokasi.
2. Sebarang kelewatan operasi boleh berlaku akibat cuaca atau keadaan yang tidak dijangka.
3. Gunakan laluan alternatif yang disediakan dan rancang perjalanan anda lebih awal.

Kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas kerjasama anda demi keselamatan dan kelancaran operasi ini.




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri