PELAKSANAAN KEMPEN TIADA BEG PLASTIK PERCUMA MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
Tarikh: 04/06/2025
PELAKSANAAN KEMPEN TIADA BEG PLASTIK PERCUMA MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sedang melaksanakan Kempen Tiada Beg Plastik Percuma di dalam kawasan pentadbiran MBIP.
Sehubungan dengan itu, premis perniagaan yang layak berdaftar seperti yang tertera digalakkan untuk berdaftar dengan pihak MBIP. Pendaftaran premis bagi kempen ini boleh dilaksanakan melalui imbasan kod QR tersebut.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda juga boleh mengimbas kod QR bagi Garis Panduan Kaedah Pelaksanaan Kempen Tiada Beg Plastik Percuma.
Pengguna dinasihatkan dan digalakkan untuk menggunakan beg guna semula (reusable beg) / beg eko (eco-beg) / beg kitar semula (recycle beg) bagi menyokong pengurangan penggunaan beg plastik.
Sebarang pertanyaan berkenaan kempen ini, anda boleh merujuk Jabatan Kesihatan Awam MBIP di talian 07-555 5000 atau emel ke kesihatan@mbip.gov.my.
