PEMAKLUMAN JANGKITAN MEASLES DI MALAYSIA
Tarikh: 04/08/2025

PEMAKLUMAN JANGKITAN MEASLES DI MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa, survelans jangkitan Measles di Malaysia mendapati terdapatnya peningkatan kadar jangkitan sejak awal tahun 2023. Ini adalah berikutan liputasi imunisasi Measles yang rendah teruatamanya pasca pandemic COVID-19. Sehubungan dengan itu, pihak WHO telah menyarankan agar imunisasi Measles tambahan diberikan bagi mengekang penularan penyakit Measles tambahan diberikan bagi mengekang penularan penyakit Measles dalam komuniti.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang merancang untuk melaksanakan Kempen MRSIA di seluruh negara secara serentak , bermula 4 Ogos 2025 , termasuk di Negeri Johor. Aktiviti imunisasi akan dilaksanakan di fasiliti kesihatan dan secara jangkau luaran di institusi jagaan atau institusi pendidikan termasuk fasiliti awam melibatkan kira-kira 250,000 kanak-kanak di Negeri Johor meliputi golongan warganegara dan bukan warganegara.
Kempen ini perlu disempurnakan dalam tempoh 8 ke 10 minggu dengan sasaran 95% liputan dalam tempoh 3 minggu. Ibu bapa atau penjaga bagi kanak-kanak yang berusia 6 hingga 59 bulan boleh mendapatkan suntikan Measles dan rubella untuk anak-anak mereka di Klinik Kesihatan yang berdekatan secara walk-in atau penetapan janjitemu melalui telefon atau aplikasi MySejahtera.
Lindungi anak anda. Cegah campak & rubella.






PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri