PEMAKLUMAN PENUTUPAN LORONG SECARA BERPERINGKAT & KERJA-KERJA MENGECAT
Tarikh: 09/12/2025
PEMAKLUMAN PENUTUPAN LORONG SECARA BERPERINGKAT & KERJA-KERJA MENGECAT
Dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) akan melaksanakan kerja-kerja mengecat struktur New Jersey Barrier (NJB) di median tengah jalan sebagai usaha meningkatkan keceriaan dan keterlihatan imej negeri Johor.
Sehubungan itu, penutupan lorong secara berperingkat akan dilaksanakan sepanjang tempoh kerja bagi memastikan keselamatan pekerja dan kelancaran trafik.
MBIP memohon kerjasama para pengguna jalan raya untuk memandu secara berhemah, berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan di tapak.

