PENAFIAN BERITA PALSU
Tarikh: 04/08/2025
PENAFIAN BERITA PALSU
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) tidak pernah memberi kebenaran atau melantik mana-mana individu, organisasi atau syarikat untuk membuat tawaran, promosi, penyebaran maklumat, mahupun urusan permohonan berkaitan projek perumahan melalui platform media sosial menggunakan nama "Projek Rumah Percuma JB-MBIP" atau "Inisiatif MBIP-PR1MA" atau seumpamanya.
MBIP tidak mempunyai kaitan atau memberi pengiktirafan rasmi kepada mana-mana platform tersebut, dan segala maklumat yang disebarkan adalah tidak benar dan tidak sah serta boleh mengelirukan orang awam.
MBIP tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan, kerugian, penipuan atau kesan akibat daripada apa-apa urusan berhubung dengan mana-mana pihak yang mendakwa mewakili MBIP tanpa pengesahan rasmi.
Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati sekiranya didatangi individu atau dihubungi melalui media sosial yang menggunakan nama dan logo MBIP secara tidak sah atau nombor telefon 011-69864629 atau 011-21715627 atau 011-63613962.
Pihak MBIP amat memandang serius terhadap perkara ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan nama, logo atau apa-apa dokumen rasmi MBIP bagi tujuan penyamaran, penipuan, atau memperdaya orang awam.
Sebarang pertanyaan atau pengesahan lanjut, sila hubungi talian rasmi MBIP di 1-300-80-5000.


