PENGENALAN SISTEM PENGGREDAN PREMIS MAKANAN, MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
Tarikh: 05/05/2025

PENGENALAN SISTEM PENGGREDAN PREMIS MAKANAN, MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan sukacitanya mengumumkan pelaksanaan sistem penggredan premis makanan bagi aktiviti penggredan premis makanan di kawasan pentadbiran MBIP. Sistem ini telah dibangunkan dan dijalankan uji cuba bermula Januari 2024 dan pelaksanaan sepenuhnya bermula Januari 2025.

Inisiatif ini bertujuan untuk:
• Memastikan kebersihan premis makanan di kawasan pentadbiran MBIP berada di tahap yang baik.
• Meningkatkan kecekapan dan ketelusan dalam proses penilaian.
• Memastikan pemantauan prestasi yang lebih berkesan.
• Menyokong transformasi digital dalam perkhidmatan awam.

Sistem ini digunakan untuk menilai dan memantau prestasi tahap kebersihan premis makanan bagi mengawal mutu kebersihan premis di dalam kawasan pentadbiran MBIP seterusnya selaras dengan objektif MBIP sebagai Bandaraya Pintar, Mampan dan Sejahtera.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 07-555 5000.

#MajuJohor
#IskandarPuteri
#SistemPenggredanPremis
#MBIP



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri