PERMOHONAN BAZAR DEEPAVALI 2024 - JALAN KEMULIAAN 5, TAMAN UNIVERSITI
Tarikh: 01/10/2024

PERMOHONAN BAZAR DEEPAVALI 2024 - JALAN KEMULIAAN 5, TAMAN UNIVERSITI



Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) ingin memaklumkan bahawa permohonan tapak untuk menyertai Bazar Deepavali di Jalan Kemuliaan 5, Taman Universiti akan dibuka!
Tarikh Permohonan: 2 Oktober 2024 - 10 Oktober 2024.
Nota Penting: MBIP tidak melantik mana-mana wakil atau penganjur untuk menyelia bazar Deepavali di Jalan Kemuliaan 5, Taman Universiti. Sebarang urusan hanya sah melalui MBIP secara langsung.
Sila hantarkan permohonan anda ke Jabatan Pelesenan, Aras 12, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Jalan Medini Sentral 9, Bandar Medini Iskandar.
Pastikan anda membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan. Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan bazar Deepavali tahun ini!
Sila imbas kod QR yang terdapat dalam poster atau ke pautan https://rb.gy/3ubp84 untuk mendapatkan borang.

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri