PERMOHONAN PENGANJURAN BAZAR RAMADAN DAN BAZAR AIDILFITRI
Tarikh: 19/11/2024

PERMOHONAN PENGANJURAN BAZAR RAMADAN DAN BAZAR AIDILFITRI

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) kini telah membuka permohonan bagi penganjuran Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri 2025.
Penganjur yang berminat untuk menganjurkan bazar perlu menghantar permohonan melalui kertas kerja yang lengkap kepada Jabatan Pelesenan MBIP sebelum atau pada 1 Disember 2024.
Sila imbas kod QR yang disediakan atau ke pautan : https://rb.gy/dfymjd untuk semakan syarat-syarat permohonan penganjuran dan syarat-syarat lesen bazar bagi perayaan.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti yang memeriahkan sambutan Ramadan dan Aidilfitri tahun hadapan!




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri