​PERTANDINGAN JOM HIJAU 2025 – JOM SERTAI & MENANG!
Tarikh: 17/06/2025

​PERTANDINGAN JOM HIJAU 2025 – JOM SERTAI & MENANG!

Jabatan Landskap MBIP dengan sukacitanya menjemput anda untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Jom Hijau 2025. Ia merupakan acara tahunan yang bertujuan menggalakkan aspek inovasi dan kreativiti di dalam kalangan masyarakat, sektor awam dan swasta dalam mencipta dan mengimplikasikan idea-idea baru dalam mereka bentuk dan memelihara landskap. Pertandingan Jom Hijau 2025 ini akan bermula sebagaimana ketetapan berikut :
Tarikh Penyertaan : 1 Jun 2025 – 30 September 2025
Lokasi : Tapak dalam kawasan pentadbiran MBIP
Hadiah kemenangan : Trofi + Sijil Penghargaan + Sagu Hati dan Wang Tunai sehingga RM 7000 untuk dimenangi!
Penilaian di tapak : 15 & 16 Oktober 2025 (tertakluk kepada perubahan tarikh)
Ayuh daftar sekarang! Jangan lepaskan peluang untuk berkongsi kreativiti dan memberi impak positif terhadap usaha mempertingkatkan kualiti persekitaran bandaraya!
Untuk mendaftar, sila layari pautan berikut : https://forms.gle/hiz7aSpwoxiq3mXLA
Mohon baca terma & syarat pertandingan dengan teliti : https://drive.google.com/.../1gOBJxAbPMqk7_oPx.../view...
Jom sama-sama kita jayakan inisiatif hijau ini!



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri