PERTANDINGAN POSTER DIGITAL MBIP 2025
Tarikh: 07/11/2025
PERTANDINGAN POSTER DIGITAL MBIP 2025
Tema: Keselamatan ICT
Penyertaan dibuka: 8.00 pagi, 7 November 2025
Tutup penyertaan: 12.00 tengah malam, 16 November 2025
Daftar di: https://posterdigital.in.mbip.my
Terma dan syarat penyertaan boleh dirujuk melalui pautan tersebut.
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menjemput golongan muda yang menetap di kawasan pentadbiran MBIP — generasi siber yang kreatif, celik teknologi dan berfikiran kritikal — untuk menyertai Pertandingan Poster Digital MBIP 2025!
Dengan tema “Keselamatan ICT”, pertandingan ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan keselamatan maklumat dalam dunia digital yang semakin mencabar.
Tunjukkan kreativiti anda dalam menyampaikan mesej berimpak tinggi berkaitan keselamatan siber, sama ada mengenai perlindungan data peribadi, etika penggunaan internet mahupun tanggungjawab sebagai pengguna digital yang berhemah.
Hadiah Menarik Menanti anda !
Terbuka kepada :
Penduduk yang berumur kurang daripada 25 tahun di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
Mari bersama MBIP membina komuniti digital yang selamat, beretika dan bertanggungjawab.

