SAMBUTAN HARI KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN PERINGKAT MBIP TAHUN 2025
Tarikh: 23/05/2025

SAMBUTAN HARI KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN PERINGKAT MBIP TAHUN 2025

MBIP dengan sukacitanya menjemput semua warga MBIP dan orang awam untuk menyertai Sambutan Hari Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Peringkat MBIP tahun 2025 seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 26 Mei 2025 (Isnin)
Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat: Bilik Auditorium dan Perkarangan, Aras 1, Bangunan Temenggong Ibrahim, MBIP
Antara Pengisian Menarik:
- Ceramah (Bahaya Rokok & Vape, Kesedaran Keselamatan di Tempat Kerja , Pengenalan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Tempat Kerja, Rangka dan Lengkungan Kaki yang Sihat)
- Latihan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
- Penyampaian Hadiah dan Kuiz
- Booth Pameran OSH
- Pemeriksaan Kesihatan Percuma (Columbia)
- Pemeriksaan Mata - Eyes Mate
- Rehabilitasi - ITH Rehab
- Urutan Tangan - Dottera
- Artistree Outdoor Education Art Science GMS
- Pemeriksaan 'Flat Feet' (Fitarch)
- Booth Jualan ( Dale & Cecil, Bee Shop Honey Bee, Terra Green, Furiku, Carfee dan banyak lagi)
Objektif:
- Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan & kesihatan di tempat kerja.
- Memupuk budaya kerja selamat dan sihat dalam kalangan warga kerja.
- Menyokong pematuhan kepada ISO 45001 & Akta OSHA 1994.
Pakaian: Kasual sopan / baju korporat organisasi
Catatan: Kehadiran terbuka ( perkarangan Auditorium)
Peserta ceramah ( Bilik Auditorium)
"Budaya Kerja Selamat, Tanggungjawab Bersama!"
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat di sambungan 5736/5158




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri