Kembali
Profil Jabatan Landskap
Latar Belakang
Jabatan Landskap merupakan salah satu jabatan teknikal di bawah Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), mempunyai seramai 87 orang kakitangan yang memainkan peranan penting dalam merancang, membangun, menyelenggara dan memelihara elemen-elemen landskap di seluruh kawasan pentadbiran bandaraya.
Penubuhan Jabatan Landskap bertujuan untuk memperkasa dan mengurus pembangunan landskap secara komprehensif dan sistematik bagi menyokong pembangunan pesat Iskandar Puteri sebagai sebuah bandar raya pintar dan lestari. Jabatan ini menjadi peneraju dalam merealisasikan visi bandar hijau melalui perancangan strategik, reka bentuk inovatif, dan pengurusan berkualiti terhadap taman awam, landskap jalan, kawasan lapang dan infrastruktur hijau.
Dengan sokongan kepakaran teknikal serta kerjasama pelbagai pihak, Jabatan Landskap MBIP komited untuk menyediakan persekitaran yang indah, seimbang dan berdaya huni serta memastikan setiap pembangunan bandar selaras dengan prinsip pembangunan mampan dan pemeliharaan alam sekitar.
Terdapat 5 bahagian berserta fungsi yang diwujudkan di Jabatan Landskap iaitu :

- Bahagian Perancangan, Kawalan Landskap & Penguatkuasaan
- Bahagian Pengurusan Taman Awam dan Tapak Semaian
- Bahagian Hortikultur &Penyelenggaran Landskap
- Bahagian Rekabentuk, Pembangunan & Pengindahan
- Bahagian Pengurusan Kontrak Landskap
Hubungi kami
Tel: 07-55555834
Faks: -
Emel: landskap@mbip.gov.my
Aras 11, Bangunan Temenggong Ibrahim, Jalan Medini Sentral 9, Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Takzim
Objektif dan Fungsi
Piagam Pelanggan
KPI
Carta Organisasi
Direktori