Kembali
Profil Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB)
Latar Belakang
Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah diwujudkan pada tahun 2008 untuk menguatkuasa Akta berkenaan Pengurusan Strata. Sehubungan itu, Akta
Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) telah dikuatkuasa bermula 1 Jun 2015 dan Peraturan- Puraturan Pengurusan Strata (Penyenggeraan & Pengurusan) di wartakan pada 2 Jun 2015.
Unit COB ini berperanan sebagai pelaksana dan pengawalseliaan perundangan berhubung pengurusan dan penyenggaraan bangunan dan harta bersama berstrata di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Disamping itu, unit ini turut memainkan peranan dari aspek kelestarian yang melibatkan kesejahteraan dan keharmonian diantara pihak pemaju, pembeli dan
pemilik di kawasan pemajuan berstrata.
Datuk Bandar MBIP adalah Pesuruhjaya Bangunan manakala Sctiausaha MBIP merupakan Timbalan Pesuruhjaya Bangunan. Dalam Melaksanakan apa-apa arahan am atau khas, kuasa dan
kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh Pesuruhjaya Bangunan MBIP, sehingga tahun 2025 seramai 13 orang kakitangan ditempatkan di Unit COB. Unit COB diketuai oleh Pegawai
Penilaian W10 selaku Pengarah Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) MBIP.
SENARAI UNDANG-UNDANG, PERATURAN DAN PUNCA KUASA YANG TERLIBAT
- Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)
- Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)
- Dasar-dasar MBIP yang berkaitan
Hubungi kami
Tel: 07-5555041
Faks:
Emel: cob@mbip.gov.my
Aras 12, Bangunan Temenggong Ibrahim, Jalan Medini Sentral 9, Bandar Medini Iskandar,79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Takzim
Objektif dan Fungsi
Piagam Pelanggan
KPI
Carta Organisasi
Direktori