Kembali
Profil Jabatan Bangunan
Latar Belakang
Jabatan Bangunan merupakan salah sebuah jabatan yang terkandung
dalam struktur organisasi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Struktur organisasi
dalaman Jabatan Bangunan disokong oleh 2 bahagian utama iaitu Bahagian Pelan
Bangunan yang terdiri daripada Unit Pembangunan Perumahan dan Unit
Pembangunanan Sesebuah dan bahagian kedua adalah Bahagian Kawalan Bangunan
yang terdiri daripada Unit Tambahan Ubahan, Unit Pemrit Sementara dan Unit
Penguatkuasaan. Setiap unit ini akan bekerjasama bagi merealisasikan setiap fungsi
di jabatan dapat dilaksanakan mengikut aktiviti-aktiviti bahagian secara lebih
berkesan.
Jabatan Bangunan berfungsi sebagai mengawal, memproses kelulusan dan memantau pembangunan di dalam kawasan pentadbiran khasnya Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) agar selaras dengan kehendak-kehendak peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1986, Manual Piawaian Perancangan dan Dasar-dasar Majlis.
Ianya juga turut diselaraskan dengan visi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) iaitu “Bandaraya Pintar, Mampan dan Sejahtera” . Dasar Kawalan Perancangan Pembangunan, penguatkuasaan dan pemantauan Jabatan Bangunan akan memberikan kesan terhadap keselesaan persekitaran agar lebih terancang, teratur dan harmoni serta berkualiti di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Hubungi kami
Tel: 07 – 555 5080
Faks: 07 – 555 5184
Emel: bangunan@mbip.gov.my
Aras 10, Bangunan Temenggong Ibrahim, Jalan Medini Sentral 9, Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Takzim
Objektif dan Fungsi
Piagam Pelanggan
KPI
Carta Organisasi
Direktori