Peringkat 4 : PELAPORAN
Pelaporan adalah merupakan satu proses yang teliti dan penting bagi mengukur prestasi MBIP di dalam aspek tindakan iklim. MBIP begitu komited untuk melaporkan kepentingan pelaksanaan inisiatif tindakan iklim adalah selari dengan piawaian di peringkat tempatan dan antarabangsa.
i. Pelaporan di Peringkat Tempatan;
MURNINets 2.0
MURNINets merupakan singkatan kepada Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (Malaysian Urban-Rural National Indicators Network for Sustainable Development). Satu pendekatan yang dapat mengukur dan menilai kemampanan sesebuah bandar serta kawasan gabungannya melalui penggunaan penunjuk bandar yang telah dijalankan sejak tahun 2017 oleh PLANMalaysia.
ii. Pelaporan di Peringkat Antarabangsa;
CDP-ICLEI TRACK
CDP-ICLEI Track ialah merupakan salah satu platform pelaporan iklim yang dikenali sebagai Carbon Disclosure Project di dalam memastikan syarikat atau bandar mendedahkan impak iklim mereka. Ia merupakan tool penilaian yang digunaipakai oleh pelbagai rangkaian yang berkaitan aspek kemampanan di peringkat global. Ia membolehkan setiap bandar di seluruh dunia termasuk Iskandar Puteri dapat melaporkan progress mereka bagi mendepani masalah perubahan iklim. Pihak MBIP telah mendaftar dan menghantar pelaporan iklim melalui platform ini pada Julai 2023 dan telah menerima Skor B bagi tahun 2023 buat pertama kalinya.