Peringkat 5 : RANGKAIAN
Rangkaian adalah penting untuk memastikan kejayaan framework tindakan iklim di MBIP kerana ia membolehkan:
- Menyelaras hubungan dengan inisiatif dan standard global dalam bidang kelestarian alam sekitar, memastikan Iskandar Puteri sentiasa relevan dan berada di barisan hadapan dalam usaha ke arah kelestarian alam sekitar.
- Memperoleh bantuan teknikal dari pakar-pakar luar negara yang membawa pengalaman dan pengetahuan tambahan, memperkukuhkan kemahiran tempatan dan memperluas perspektif dalam usaha tindakan iklim.
- Meningkatkan pengiktirafan dan reputasi MBIP di peringkat antarabangsa, menjadikan kawasan ini sebagai destinasi terkemuka dalam pembangunan mampan dan penyelesaian iklim.
KERJASAMA ANTARABANGSA
PERKONGSIAN ANTARABANGSA