Karnival Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) merupakah kerjasama stratergik antara pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), SWM Environment Sdn. Bhd. dan Univeristi Teknologi Malaysia (UTM) yang mula dilaksanakan bermula 2022.Penganjuran karnival ini melibatkan semua sekolah rendah dan menengah di Negeri Johor dan kawasan sasaran iaitu sekolah-sekolah dibawah Iskandar Puteri. Di bawah kerangka Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) yang dibangunkan oleh MBIP, JPNJ, IRDA, UTM dan SWM, usaha mendidik, libat urus dan kemampanan aktiviti dalam menjalankan inisiatif rendah karbon mensasarkan pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (Sustainable Development Goals), Pelan Pembangunan Mampan Johor (PPMJ) 2030, dan Pelan Tindakan Iklim Iskandar Puteri 2030. Karnival ini merupakan acara terbesar yang dijalankan bertujuan bagi meningkatkan cerminan teladan dalam menjalani gaya hidup rendah karbon kepada komuniti.
PENGISIAN KARNIVAL IPRK
SDGs SCHOOL CHALLENGE
Johor SDGs School Challenge merupakan satu bentuk pertandingan yang mula dianjurkan sepenuhnya secara dalam talian bermula tahun 2020. Di sini, fokus pendidikan diberikan kepada komuniti sekolah bagi memastikan komuniti ini terdidik dan cakna dengan keperluan untuk meningkatkan kualiti budaya dan kehidupan yang mampan. Penyertaan bagi pertandingan ini mengangkat peranan masyarakat sebagai sebagai Sains Warganegara (Citizen Science) bagi mencapai 17 SDGs menjelang 2030.
FORMAT PERTANDINGAN : HYBRID
KATEGORI PERTANDINGAN (SEKOLAH RENDAH & SEKOLAH MENENGAH)
ISKANDAR MALAYSIA ECOLIFE CHALLENGE (IMELC)
Program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam mewujudkan masyarakat rendah karbon di sekolah-sekolah di Negeri Johor khususnya di kawasan MBIP menerusi amalan penjimatan air, elektrik dan juga amalan kitar semula. Selain itu, program ini bertujuan mendapatkan maklumat pembebasan karbon melalui aktiviti seharian menerusi Iskandar Malaysia Ecolife Challenge @Iskandar Puteri.
FORMAT PERTANDINGAN : HYBRID
Maklumat Lanjut: https://www.facebook.com/sustainablerceiskandar/
RCE ISKANDAR
RCE atau Regional Centre of Expertise on Education for Sustainable Development merupakan satu jaringan pakar dalam mempelopori Pendidikan dan kesedaran terhadap Kelestarian di dalam kawasan Iskandar Malaysia. RCE Iskandar diiktiraf United Nations University pada tahun 2014. Sejak 2015, Pameran Sekolah Lestari dan Rendah Karbon RCE Iskandar (RCE Iskandar Sustainable & Low Carbon Schools Exhibition) telah diadakan untuk memberi peluang kepada sekolah dalam kawasan ini mempamerkan usaha kelestarian mereka. Pameran ini telah dianjurkan secara strategik bersama MBIP sejak tahun 2018 sehingga kini.
FORMAT PERTANDINGAN : BERSEMUKA
Maklumat Lanjut: https://www.facebook.com/sustainablerceiskandar/
Inisiatif-Inisiatif Sampingan Tindakan Iklim Iskandar Puteri:
MBIP juga telah mengambil pendekatan melalui penglibatan komuniti antaranya mengadakan acara-acara Tindakan Iklim @ Masyarakat Rendah Karbon (LCS) yang berpaksikan Behavorial Change, Educational & Informational, Public-Private Partnership dan Zero Waste Lifestyle melalui perkongsian pihak awam dan swasta dengan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dan komuniti setempat. Di samping itu, untuk membina komuniti yang tangkas dan bandar yang mampan, perkara yang perlu dilakukan hendaklah bermula daripada komuniti setempat melalui pendidikan & kesedaran dan juga perubahan tingkah laku. Beberapa projek utama dalam mengintegrasikan sosial berdasarkan penyelesaian dalam bertindak balas terhadap risiko alam sekitar yang semakin meningkat antaranya peningkatan suhu, banjir dan lain-lain di sekitar kawasan Iskandar Puteri.
