Permohonan tempahan dewan, boleh dilaksanakan secara atas talian :
Terma & Syarat Pembayaran Atas Talian
Syarat-Syarat Penyewaan
LATAR BELAKANG HUTAN BANDAR MBIP MUTIARA RINI
Mula dibangunkan sekitar tahun 2001 yang pada awalnya dimajukan oleh Mutiara Rini Sdn. Bhd. dengan kerjasama FRIM yang berperanan membangunkan kawasan arboretum, kini Hutan Bandar MBIP giat dibangunkan dan dilengkapkan dengan kemudahan rekreasi bermula pada tahun 2008 setelah diserahkan sepenuhnya kepada MBIP untuk tujuan pembangunan dan penyelenggaraan. Sehingga kini, Hutan Bandar ini masih dibangunkan secara berperingkat mengikut fasa pembangunan bersesuaian dengan keperluan semasa.
Lokasinya yang strategik, terletak di tengah-tengah kawasan pembangunan Taman Mutiara Rini dan bersebelahan dengan laluan utama ke Gelang Patah dan Iskandar Puteri, ianya bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk di Taman Mutiara Rini sahaja, malahan menjadi tumpuan penduduk di sekitarnya iaitu Taman Mutiara Mas, Taman Mutiara Bestari, Taman Universiti, Taman Sri Orkid, Taman Skudai Baru, Taman Mutiara Maju dan Taman Mutiara Utama malahan menjadi daya tarikan utama kawasan rekreasi dalam di kawasan pentadbiran MBIP.
Pada masa kini, Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini telah dilengkapkan dengan kemudahan rekreasi yang lebih selesa melalui pembangunan yang lebih terancang. Keunikan hutannya yang menempatkan koleksi tidak kurang daripada 200 spesis pokok hutan yang ditanam di dalam kawasan seluas 20 ekar dimana terdapat kira-kira 5000 pokok Hutan Hujan Tropika dan pokok nadir. Kawasan arboretum ini menjadi salah satu daya tarikan kepada penduduk bukan sahaja untuk tujuan rekreasi malahan untuk tujuan pembelajaran dan kajian tentang khazanah semulajadi negara.
Bersesuaian dengan peranan MBIP sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan yang mempunyai visi untuk mewujudkan sebuah pembangunan yang terancang, indah dan sejahtera, adalah diharapkan pembangunan Hutan Bandar MBIP dapat memberikan kemudahan rekreasi berkualiti kepada penduduk di dalam kawasan pentadbirannya di samping meningkatkan mutu persekitaran.
Alamat | Jalan Persiaran Mutiara Mas, Taman Seri Orkid, 81300 Johor Bahru |
Keluasan | 64 Ekar |
Kapasiti | 10000 orang |
Kemudahan | Dataran Sekapur Sireh Padang 2 Taman Permainan Kanak-Kanak Central Plaza Trek Kereta Kawalan Jauh Gymnasium Muafakat Johor Alatan Senaman dan Outdoor Gym Pejabat Hutan Bandar & Bilik Seminar Bengkel Penyelenggaraan 23 Plot-Plot PBT dan Negeri Tasik Buatan Surau Tapak Perkhemahan (50 Khemah) Pentas Terapung Gelanggang Futsal Berbumbung (3 Gelanggang) Gelanggang Paintball |
Kemudahan Tempat Letak Kereta | 175 lot |

DATARAN SEKAPUR SIREH
Kapasiti | 3000 orang |
Tandas Lelaki | 8 unit |
Tandas Perempuan | 6 unit |
Tandas OKU | 2 unit |
Tandas VIP | 2 unit |

2 TAMAN PERMAINAN
Kapasiti | 300 orang |
Tandas Lelaki | 2 unit |
Tandas Perempuan | 2 unit |
Tandas OKU | 1 unit |
CENTRAL PLAZA
Kapasiti | 1000 Orang |
Keluasan | 0.73 Ekar |

Surau
Surau Lelaki | 1 Unit |
Surau Perempuan | 1 Unit |
Kapasiti | 30 Orang |

TAPAK PERKHEMAHAN
Kapasiti | 50 Khemah |
TREK KERETA KAWALAN JAUH
Keluasan | 0.5 Ekar |

GELANGGANG PAINTBALL
Keluasan | 0.6 Ekar |

PENTAS TERAPUNG
Keluasan | 230 Meterpersegi |
Kapasiti | 50 Orang |
Kemudahan
KADAR SEWA GELANGGANG DAN FASILITI
KADAR SEWA DEWAN DAN FASILITI
KADAR SEWA HUTAN BANDARA MUTIARA RINI
TERMA DAN SYARAT BAYARAN ATAS TALIAN
SYARAT-SYARAT PENYEWAAN DEWAN / GELANGGANG
MANUAL PENGGUNA SEWAAN DEWAN BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
TEMPAHAN HUTAN BANDAR
PENGGUNAAN DEWAN/GELANGGANG
- Tempahan dewan adalah dibenarkan 6 bulan lebih awal dari tarikh sebenar penggunaan (rujuk Jadual Tempahan Dewan).
Tempahan Dibuka |
Tarikh Penggunaan |
Januari |
Jun |
Feb |
Julai |
Mac |
Ogos |
April |
September |
Mei |
Oktober |
Jun |
November |
Julai |
Disember |
Ogos |
Januari |
September |
Feb |
Oktober |
Mac |
November |
April |
Disember |
Mei |
- Tempahan dewan/gelanggang dikira sah selepas bayaran penuh dibuat.
- Resit bayaran tempahan hendaklah dibawa bersama dan mengemukakan kepada kakitangan MBIP di dewan.
- Resit bayaran hendaklah disimpan bagi tujuan tuntutan wang deposit.
- Pembatalan tempahan dewan hanya boleh dibuat 1 bulan sebelum tarikh penggunaan.
- Tuntutan wang deposit hanya boleh dibuat sekiranya penyewa tidak melanggar sebarang syarat penyewaan dewan/gelanggang MBIP (rujuk Syarat-Syarat Penyewaan).
- SETELAH BAYARAN SEWA DEWAN DIBUAT, PERLU MAKLUMKAN KEPADA Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di talian 07-555 5816