PENGURUSAN STRATA



PENGURUSAN STRATA DAN PERANAN SERTA TANGGUNGJAWAB BADAN PENGURUSAN BERSAMA / PERBADANAN PENGURUSAN.


Info Grafik Berkenaan Pengurusan Strata dan Peranan serta Tanggungjawab Badan Pengurusan Bersama / Perbadanan Pengurusan.


Merujuk kepada peruntukan Seksyen 21 (1) (a) & Seksyen 59 (1)(a), Akta 757;

21. Kewajipan dan kuasa badan pengurusan bersama.

(1) Kewajipan badan pengurusan bersama adalah seperti yang berikut;

(a) untuk menyenggarakan dan menguruskan dengan sepatutnya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak dan harta bersama, dan menjaganya dalam keadaan yang baik dan pembaikan yang dapat digunakan;

59. Kewajipan dan kuasa perbadanan pengurusan

(1) Kewajipan perbadanan pengurusan adalah seperti yang berikut:

(a) untuk menyenggarakan dan menguruskan dengan sepatutnya bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama, dan menjaganya dalam keadaan yang baik dan pembaikan yang dapat digunakan; Berdasarkan peruntukan di atas jelas menyatakan adalah menjadi tanggungjawab dan kuasa badan pengurusan bersama dan perbadanan pengurusan berkenaan penyenggaraan serta pengurusan bangunan dan kawasan harta bersama.



Disediakan oleh,

Unit Pesuruhjaya Bangunan,

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri