PIAGAM PELANGAN
| BIL. | NO. ID | TAJUK | TEMPOH |
| 1 | JKPA/PPM/001 | Menyelesaikan aduan biasa dalam tempoh 15 hari dari tarikh aduan diterima. | 15 hari |
| 2 | JKPA/PPM/002 | Memberikan perkhidmatan kaunter yang cekap dan mesra dalam tempoh 25 minit dan tidak lebih 60 minit pada musim cukai dan pembaharuan lesen. | 25 minit 60 minit |
| 3 | JPLPPM/001 | Pengeluaran Lesen Premis Perniagaan dan Iklan Tidak Berisiko dari tarikh permohonan lengkap diterima dalam tempoh satu (1) hari bekerja. | 1 hari bekerja |
| 4 | JPM/PPM/001 | Status permohonan peralatan keraian akan dimaklumkan kepada pemohon sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh program berlangsung. | 3 hari |
| 5 | OSC/PPM/001 | Memproses Permohonan Pelan Kebenaran Merancang/Pelan Kerjatanah/Pelan Jalan Dan Perparitan/Pelan Bangunan/Pelan Lampu Jalan/Pelan Landskap yang telah lengkap dalam tempoh 38 hari bagi dibawa ke pertimbangan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC). | 38 hari |
| 6 | JPPH/PPM/001 | Memproses permohonan pindahmilik Borang I/J individu selepas penerimaan borang yang lengkap dalam masa 10 minit. | 10 minit |
| 7 | JKEW/PPM/001 | Menyelesaikan tuntutan bayaran/wang deposit kepada kontraktor/pembekal/pendeposit dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima sehingga tarikh bayaran (EFT). | 14 hari bekerja |
| 8 | JB/PPM/001 | Menimbangkan keputusan permohonan Permit Sementara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC) dari tarikh terima permohonan lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja. | 14 hari bekerja |
| 9 | JB/PPM/002 | Memaklumkan keputusan permohonan Tambahan Ubahan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC) dari tarikh terima permohonan lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja. | 14 hari bekerja |
| 10 | JPKU/PPM/001 | Penyerahan Tuntutan Barang Sitaan kepada Pemilik dalam tempoh 24 Jam hari bekerja. | 24 jam hari bekerja |
