Selayang Pandang

Menjelang tahun 2026, MBIP merancang untuk menjadi sebuah BANDARAYA PINTAR, MAMPAN DAN SEJAHTERA dengan misi untuk “menerajui pembangunan dan perkhidmatan bandar raya secara holistik dalam kawasan pentadbiran bagi menyokong keperluan masyarakat untuk berkembang maju”. Bagi merealisasikan hasrat ini, MBIP telah menggariskan lima (5) Teras Strategi dan 17 Objektif Strategik dalam Pelan Strategik MBIP 2022 -2026



Kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) merupakan kawasan yang paling pesat dibangunkan diantara lima (5) buah koridor ekonomi yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan semenjak tahun 2010.


Setiap komponen pembangunan telah dirancang dengan teliti bagi memastikan visi untuk membangunkan sebuah bandar raya yang pintar, mampan dan sejahtera dapat dicapai. Pembangunan MBIP tidak hanya memfokuskan pembangunan fizikal sahaja tetapi turut menekankan aspek pembangunan sosial bagi membina suatu kehidupan yang selamat, sejahtera dan berkualiti.


Selain itu, MBIP juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mewujudkan bandar raya rendah karbon yang menjurus ke arah perancangan yang holistik, bersepadu dan mampan melalui pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan kesedaran awam serta khidmat pembangunan masyarakat selari dengan Dasar Teknologi Hijau Negara dan aspirasi Kerajaan.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri