SEJARAH SOUTHERN VOLUNTEER

SOUTHERN VOLUNTEERS merupakan satu badan sukarelawan yang ditubuhkan secara rasmi pada 21 Disember 2020 khusus untuk anak jati negeri Johor yang dinaungi oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Ditubuhkan bagi menggalakakkan penyertaan belia Johor dalam memberi khidmat secara sukarela kepada rakyat dan negeri Johor. Malah berperanan sebagai pemangkin pembentukan budaya sukarelawan dalam kalangan belia di negeri Johor. Matlamat utama SOUTHERN VOLUNTEERS ini adalah untuk melibatkan golongan belia di dalam bidang kesukarelawan dan bilangan yang berdaftar dengan SOUTHERN VOLUNTEERS terkini lebih kurang 23,000 orang.


SOUTHERN VOLUNTEERS Iskandar Puteri telah terlibat secara langsung dalam misi bantuan pasca banjir di daerah Segamat dan Muar pada bulan Januari 2022. Misi ini bermatlamat untuk membantu meringankan beban keluarga yang terkesan dengan musibah banjir yang telah melanda.

Pelepasan Konvoi Misi Bantuan Banjir SOUTHERN VOLUNTEERS telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di Dataran Iskandar Puteri. Majlis pelepasan ini turut disertai oleh Yang Berbahagia Tuan Haji On bin Jabbar@Ja'afar Timbalan setiausha Kerajaan Johor ( Sukan, Belia & Sukarelawan ). Seramai 55 Ahli SOUTHERN VOLUNTEERS MBIP bersama kenderaan Lori Water Tank 1 unit, Lori Roro 2 unit, Lori Crew Cab 1 unit, Lori kargo 1 Unit, Pick Up 4X4 3 unit , van 3 unit dan SUV 3 unit. Dan dari SOUTHERN VOLUNTEERS MBJB seramai 50 anggota bersama Lori Water Tank 1 unit, Lori Roro 2 unit, Lori Crew Cab 3 unit, Lori kargo 1 Unit, Pick Up 4X4 5 unit dan van 3 unit . Juga bersama konvoi misi ini ialah Team Triton Johor sebanyak 6 buah kenderaan Pick Up 4X4.



SOUTHERN VOLUNTEERS Iskandar Puteri (SVIP) turut sama membantu kerja-kerja pemindahan barang-barang dan peralatan rumah dari Rumah Pangsa Taman Jaya yang telah diisytiharkan sebagai tidak selamat diduduki ke PPR Melana Indah 2, Taman Perling. Pihak MBIP sentiasa peka dan prihatin terhadap segala keperluan dan permasalahan penduduk khususnya di dalam Kawasan Bandaraya Iskandar Puteri.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri