PENGENALAN YAYASAN PENYANYANG ISKANDAR PUTERI
Dana permulaan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri adalah sumbangan 1 peratus (%) daripada hasil cukai harta tahun semasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Pemotongan 10 peratus (%) daripada hasil cukai itu akan dijadikan sebagai sumbangan tahunan untuk menggerakkan setiap program pembasmian kemiskinan bandar dan juga sumbangan yang dilihat perlu untuk meringankan lagi beban masyarakat. Dana lain yang diperolehi adalah melalui sumbangan dari luar seperti individu, syarikat korporat dan NGO. Penubuhan yayasan ini bukan bersifat sementara tetapu akan terus ditambah baik dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan dan kehendak ahli pertubuhan.
Hubungi Kami :
Tingkat 3, Wisma MBIP Skudai, 81300 Skudai, Johor
No. Tel: 07-5590766 / 07-5569884
Emel: yayasanpenyayangiskandarputeri@gmail.com