MENU

ANULAE CAWANGAN MBIP

Anulae002

ANULAE

CAWANGAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

 

"BERSATU SETIA"

"PEKERJA BERKUALITI, NEGARA DIHORMATI"

MISI

ANULAE sebagai Kesatuan Sekerja Unggul Bagi Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan

VISI

Komited Dalam Memperjuangkan Hak Serta Kepentingan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan

OBJEKTIF

Berfungsi Sebagai Rakan Kongsi Kepada Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan Di Dalam Usaha untuk Mewujudkan Tadbir Urus Yang Cemerlang, Gemilang SertaTerbilang Kearah Peningkatan Kualiti Dan Produktiviti

 

PENGENALAN

The Amalgamated Nation Union Authorities Employees (ANULAE) atau Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan adalah sebuah Kesatuan Sekerja terunggul di Pihak Berkuasa Tempatan yang telah ditubuhkan pada 1hb. April 1963 dengan No.Pendaftaran 342.

ANULAE bergabung dengan lebih 100 Kesatuan Sekerja Sektor Awam bagi membentuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah ditubuhkan pada 23hb. Oktober 1957. Tujuan CUEPACS ditubuhkan antaranya adalah untuk membaiki keadaan kerja seperti pengambilan, masa kerja, kenaikan pangkat, tatatertib, gaji, elaun dan lain-lain faedah persaraan anggota.

TUJUAN PENUBUHAN

Memperoleh serta mengekalkan sukatan gaji yang adil dan sesuai, keselamatan bekerja , masa dan syarat-syarat bekerja yang berpatutan dan memberi nasihat serta bantuan mengenai perkara-perkara tersebut.

Mengatur perhubungan antara pihak majikan dan pekerja.

Mengadakan skim bantuan dan kebajikan untuk ahli.

Menganjurkan kursus, seminar dan dialog.

Meningkatkan kecekapan serta disiplin dikalangan ahli.

Mengembangkan kesedaran kepada ahli tentang kesedaran bertugas yang mengatasi rintangan sosial.

 

HALA TUJU

Melaksanakan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Yang Berkualiti, Cekap Dan Berkesan.

Merancang Serta Melaksana Program Pendidikan Dan Pembelajaran Secara Berterusan.

Melaksanakan Usaha Bagi Menambah Bilangan Cawangan/Kawasan Serta Meningkatkan Bilangan Keahlian Kesatuan.

Memperkasa Hubungan Rakan Kongsi Bijak.

Menyelaras Serta Menyelenggara Kes Perkhidmatan Ahli Secara Lebih Berkesan

Meningkatkan Sumber Pembiayaan Kesatuan Termasuk Melaksanakan Perbelanjaan Secara Berhemah.

Mengekal Serta Meningkatkan Produk Kebajikan Untuk Ahli.

 

PENGLIBATAN PEGAWAI/AHLI ANULAE DALAM KESATUAN GABUNGAN

Majlis Bersama Kebangsaan bagi pekerja-pekerja Sains dan Teknologi dalam kumpulan Sokongan (MBK S&T)

Majlis Bersama Kebangsaan bagi pekerja-pekerja Am dalam kumpulan Sokongan (MBK AM)

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)

 

AGENDA WAWASAN

Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan di peringkat Negeri

Penubuhan forum perundingan Majlis Bersama Negeri (MBN)

Penubuhan Majlis Bersama Jabatan-KPKT dengan ANULAE Semenanjung Malaysia

Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan

Penganjuran Konvensyen Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan

Mempertahan serta mengekalkan keunggulan ANULAE sebagai Kesatuan Sekerja yang diiktiraf bagi pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan

 

GABUNGAN BERSAMA CUEPACS/FORUM PERUNDINGAN

ANULAE telah bergabung dengan CUEPACS bertujuan untuk bersama-sama menangani masalah dan isu perkhidmatan ahli-ahli Kesatuan khususnya dan kaum pekerja sektor awam amnya. Beberapa isu dan masalah ahli dan kaum pekerja sektor awam ini telah dibawa ke forum-forum perundingan seperti:-

Majlis Bersama Kebangsaan (MBK)

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) (3 bulan sekali)

Persidangan Perwakilan Tri- Tahunan

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja

Mesyuarat Jawatankuasa Agung (EXCO)) (3 bulan sekali)

Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan (3 bulan sekali)

Mesyuarat Perunding Perbandaran dan Majlis Daerah

 

 

FAEDAH - FAEDAH ANULAE

 

ANULAE Semenanjung Malaysia (Ibu Pejabat)​

Berikut adalah antara faedah-faedah yang disumbangkan oleh pihak ibu pejabat kepada ahli ANULAE:

 

1.Sumbangan Kematian

 

Pihak Ibu Pejabat juga ada menyalurkan sumbangan kematian kepada waris ahli dan isteri/suami ahli yang meninggal dunia semasa lagi dalam perkhidmatan.

 

2.Persaraan

 

Ibu Pejabat ANULAE Semenanjung Malaysia juga menyumbangkan bagi faedah persaraan, dimana ahli perlu mengemukakan permohonan sebulan sebelum bersara, perkiraan sumbangan berdasarkan tempoh keahlian

 

3.Dermasiswa​​

 

Faedah ini akan diberi oleh pihak Ibu Pejabat.

 

4.Pinjaman Penuntut

 

Skim ini diberi oleh pihak ibu pejabat kepada setiap anak ahli yang bersekolah untuk menampung sebahagian perbelanjaan . Skim ini hanya layak diberi kepada ahli yang telah menjadi ahli tidak kurang dari 3 tahun.

 

5.Pinjaman Pengajian Tinggi

 

Ibu Pejabat ANULAE Semenanjung Malaysia juga menyediakan pembiayaan ini bagi membantu anak-anak ahli yang dapat memasuki Institusi Pengajian Tinggi.

 

FAEDAH-FAEDAH KEBAJIKAN (DI BAYAR OLEH IBU PEJABAT ANULAE)

SAGUHATI PERSARAAN (mengikut tempoh menjadi ahli)

03 -05 Tahun - RM 60.00

05-10 Tahun - RM 85.00

10-12 Tahun - RM 110.00

12-14 Tahun - RM 135.00

14-16 Tahun - RM 160.00

16-18 Tahun - RM 185.00

18-20 Tahun - RM 210.00

20-22 Tahun - RM 235.00

22-24 Tahun - RM 260.00

24-26 Tahun - RM 310.00

26-28 Tahun - RM 360.00

28-30 Tahun - RM 410.00

30 Tahun ke atas - RM 460.00

 

KHAIRAT KEMATIAN

Kurang dari 5 Tahun - RM 175.00

05-10 Tahun - RM 245.00

10-12 Tahun - RM 375.00

12-14 Tahun - RM 450.00

14-16 Tahun - RM 500.00

16-18 Tahun - RM 550.00

18-20 Tahun - RM 600.00

20-22 Tahun - RM 650.00

22-24 Tahun - RM 700.00

24-26 Tahun - RM 750.00

26-28 Tahun - RM 800.00

28-30 Tahun - RM 850.00

30 Tahun ke atas - RM 1000.00

 

KEMATIAN ISTERI/SUAMI AHLI - RM 100.00

 

DERMASISWA

UPSR

Kecemerlangan Minima 5A diberi sebanyak RM 50.00

 

PT3

Kecemerlangan Minima 5A diberi sebanyak RM 150.00

 

SPM

Kecemerlangan Minima 6A diberi sebanyak RM 200.00

 

STPM

Kecemerlangan Minima 3P diberi sebanyak RM 250.00

 

PINJAMAN PENGAJIAN TINGGI

Skim Diploma - RM 500.00

Skim Ijazah - RM 1000.00

 

 

 

SUMBANGAN YANG DISEDIAKAN OLEH ANULAE CAWANGAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI ( DI BAYAR OLEH ANULAE CAWANGAN )

 

Kelulusan Sumbangan di berikan kepada Ahli yang mengalami kemalangan, sakit kronik, masuk hospital, ahli yang bersara dan waris kepada ahli yang meninggal dunia. Sumbangan ini diberikan secara One-Off sahaja.

( Sebagaimana kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Anulae kali ke 3 bertarikh pada 29 Disember 2015).

 

AHLI JAWATANKUASA

ANULAE CAWANGAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

BAGI SESI 2017-2020

 

PENGERUSI : HAJI EMRIZAL BIN ABDUL RAHMAN

NAIB PENGERUSI : ENCIK MOHAMAD HAFIZ BIN KAMALDIN

SETIAUSAHA : PUAN HAJAH NORLIAH BINTI HUSSIN

BENDAHARI : PUAN SERIMAH BINTI SAHAK

 

 

BIL.

NAMA KUMPULAN

JAWATAN

NAMA  PEGAWAI

1.

PERKHIDMATAN PENTADBIRAN

Ahli Jawatankuasa

1. PUAN SITI KOMARIAH BT. HAJI SHAFIE

2.  PUAN SALIHA BINTI AHMAD

3. PUAN HAJAH ZURINA BINTI IBRAHIM

4. ENCIK MD HAZRIAH BIN OTHMAN

5. PUAN HASLINA BINTI ABDUL HALIM

2.

PERKHIDMATAN PENGUATKUASAAN/

KESELAMATAN (KP)/

UNDANG-UNDANG/

BAKAT & SENI/

EKONOMI & PERTANIAN/

SOSIAL/LAIN-LAIN

Ahli Jawatankuasa

 

 

1. ENCIK ASHROL BIN MD SOM

2. ENCIK ABD HALIM BIN MOHD SULAIMAN

3. ENCIK RAVENTHARAN A/L ACHU

 

3.

PERKHIDMATAN KESIHATAN & PERUBATAN

Ahli Jawatankuasa

1. PUAN ZARIAH BINTI A.RAHIM

4.

PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN/TEKNIKAL

Ahli Jawatankuasa

1. PUAN YUSNIDA BINTI ASMAN

5.

PERKHIDMATAN KEWANGAN/ SISTEM MAKLUMAT

Ahli Jawatankuasa

1. PUAN NORHIDAYAH BINTI SAAD

2. PUAN RODZALINDA BINTI ARIFFIN

6.

PERKHIDMATAN MAHIR/SEPARUH MAHIR

Ahli Jawatankuasa

1. ENCIK MUHAMAD DAUD B. ABD WAHID

     @ MOHAMED

2. PUAN LINA BINTI HAJI RAMLI

3. ENCIK ISKANDAR BIN ZORKARNAIN

4. ENCIK FAKARUDIN BIN ABD. RAHMAN

PEMERIKSA UNDI SULIT : 

1. PUAN RAFIZAH BTE ABU

2. PUAN HASFALELA BINTI AHMAD JAILANI

3. PUAN NORAINI BTE ZULKIFFLY

4.ENCIK MOHD IEZUAN BIN MOHD SALLEH

 

JURUAUDIT DALAM : 

1. PUAN FADZILAH BINTI HAJI A.RAHIM

2. CIK ZURIATIE BINTI MAT HUSSAIN

 

Anulae002

LAGU RASMI ANULAE

 

“ BERSATU BERSETIA”

Bersatu Untuk Kesatuan

Bersatu Untuk Keadilan

Bersatu Untuk Kesetiaan

Anulae Dipertahankan

 

Walaupun Apa Akan Terjadi

Kita Tetap Bersatu Hati

Kekalkan Semangat Berbakti

Itulah Perjuangan Sejati

 

Ulang Rangkap Pertama

 

Bersatu Untuk Kesatuan

Bersatu Untuk Keadilan

Bersatu Untuk Kesetiaan

Anulae Dipertahankan

 

Muaturun borang permohonan keahlian di SINI