MENU

NOTIS GANGGUAN CAPAIAN KE SISTEM JOHORPAY BAGI KERJA-KERJA NAIK TARAF PERKAKASAN RANGKAIAN DI PUSAT DATA KERAJAAN NEGERI JOHOR

 

Adalah dimaklumkan bahawa pihak ICT@Johor akan menutup terimaan di Johorpay disebabkan kerja-kerja naik taraf perkakasan rangkaian di pusat data Kerajaan Negeri Johor yang akan dilakukan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh Mula Kerja : 7hb Disember 2023 (Khamis, 6:00 petang)

Tarikh Jangka Siap : 9hb Disember 2023 (Sabtu, 2:00 petang)

Sepanjang kerja-kerja naik taraf perkakasan rangkaian ini, perkhidmatan Sistem Johorpay akan mengalami gangguan dan tidak dapat diakses untuk sementara waktu.

Pentadbiran ini memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan segala kerjasama pihak YB Tan Sri Dato' Dr. / YB Dato' / YB Datin Paduka / YAA Tuan / YA Tuan / YM Ungku / Tuan / Puan dalam perkara ini adalah amat dihargai.

Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih.