Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu marilah kita bersama sama mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin serta limpah kurniaNya dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini di dalam Majlis Amanat Datuk Bandar sempena Tahun Baharu 2024.
Masih belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada warga kerja yang berbangsa India. Diharapkan tahun 2024 ini akan menjadi tahun yang lebih cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya.
KAKITANGAN LANTIKAN MBIP
Sepanjang Tahun 2023, MBIP telah merekodkan seramai 186 lantikan kakitangan baharu menjadikan jumlah keseluruhan kakitangan MBIP sebanyak 949 orang, yang terdiri daripada 546 orang kakitangan bertaraf tetap dan 403 orang kakitangan bertaraf kontrak.
Pihak pentadbiran MBIP sekarang ini sedang giat melaksanakan usaha untuk membuat pengisian perjawatan dan dijangka sekurang-kurangnya sebanyak 82 perjawatan akan diisi sepanjang tahun ini.
TAHUN |
TARAF JAWATAN |
JUMLAH |
2023 |
KONTRAK |
403 KAKITANGAN |
TETAP |
546 KAKITANGAN |
|
JUMLAH |
949 KAKITANGAN |
HASIL CUKAI TAHUN 2023
Bagi tahun 2023, prestasi Hasil Cukai mencapai 90%, Hasil Bukan Cukai telah mencapai 111% dan Terimaan Bukan Hasil mencapai sebanyak 134%. Jumlah Keseluruhan Hasil Majlis mencapai 98% daripada yang dianggarkan, dimana meningkat sebanyak 12% berbanding tahun 2022. Syabas dan tahniah saya ucapkan. Tanpa kerjasama semua warga kerja, pastinya angka ini tidak dapat dicapai.
TAHUN |
PRESTASI |
PERATUS |
2023 |
HASIL CUKAI |
90% |
HASIL BUKAN CUKAI |
111% |
|
TERIMAAN BUKAN HASIL |
134% |
|
JUMLAH KESELURUHAN HASIL MAJLIS |
98% (+12% BERBANDING TAHUN 2022) |
AKTIVITI SEPANJANG TAHUN
Terima kasih saya ucapkan di atas penglibatan Ahli Majlis serta semua warga kerja MBIP di dalam pelaksanaan program- program yang dijalankan. Namun begitu, saya melihat penglibatan warga kerja di dalam program-program yang kita jalankan agak rendah dan perlu dipertingkatkan.
Justeru itu, saya berharap pada tahun ini, semua warga kerja dapat memberikan komitmen penuh untuk turut sama melibatkan diri dan mewar-warkan program yang bakal kita laksanakan kepada komuniti.
KEMPEN JOHOR BERSIH
Bersempena kempen Johor Bersih, sebanyak 79 aktiviti plogging dan jalan angkat yang melibatkan kesemua Zon Ahli Majlis berjaya dilaksanakan bersama komuniti. Sebanyak 56,882kg bersamaan 57tan sampah berjaya dikutip. Saya percaya dengan komitmen berterusan daripada semua pihak, agenda Johor Bersih selaras aspirasi YAB Menteri Besar Johor dapat kita jayakan InsyaAllah.
TAHUN |
JUMLAH AKTIVITI |
SAMPAH DIKUTIP |
2023 |
79 |
56,882 kg = 57 tan |
ZON |
KAWASAN |
KEKERAPAN |
Zon 20 |
Tun Aminah |
17 aktiviti |
Zon 24 |
Perling |
9 aktiviti |
Zon 8 |
Gelang Patah |
8 aktiviti |
Zon 1 |
Pulai Indah |
5 aktiviti |
Zon 4 |
Sri Pulai |
5 aktiviti |
Zon 15 |
Impian Emas |
5 aktiviti |
Zon 14 |
Bukit Horizon |
4 aktiviti |
Zon 6 |
Mutiara Rini |
3 aktiviti |
Zon 22 |
Bukit Indah |
3 aktiviti |
Zon 23 |
Sutera Utama |
3 aktiviti |
Zon 2 |
Kangkar Pulai |
2 aktiviti |
Zon 13 |
Kota Iskandar |
2 aktiviti |
Zon 16 |
Sri Skudai |
2 aktiviti |
Zon 3 |
Pulai Utama |
1 aktiviti |
Zon 5 |
Taman Universiti |
1 aktiviti |
Zon 7 |
Lima Kedai |
1 aktiviti |
Zon 8 |
Nusa Bayu |
1 aktiviti |
Zon 11 |
Tanjung Kupang |
1 aktiviti |
Zon 17 |
Skudai |
1 aktiviti |
Zon 19 |
Selesa Jaya |
1 aktiviti |
Zon 21 |
Nusa Bestari |
1 aktiviti |
STATISTIK ADUAN AWAM
Merujuk kepada statistik aduan yang diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) e-Aduan MBIP bermula 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023, sebanyak 13,458 aduan diterima berbanding 12,083 aduan pada tahun 2022. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 12,113 kes telah dapat diselesaikan iaitu sebanyak 90% daripada jumlah keseluruhan aduan. Masih lagi terdapat baki 1,345 aduan dalam tindakan penyelesaian.
TAHUN |
JUMLAH ADUAN |
SELESAI |
BELUM SELESAI |
2023 |
13,458 |
12,113KES (90%) |
1,345 KES |
Tidak hanya terhad kepada Sistem SISPAA, MBIP juga mempunyai pelbagai saluran aduan lain seperti saluran aduan melalui aplikasi whatapps dan Jawatankuasa Penduduk melalui Ahli Majlis. Biro Pengaduan Awam (BPA) juga telah membangunkan aplikasi “Respons Rakyat”, iaitu saluran aduan digital secara atas talian yang boleh diakses oleh semua golongan masyarakat.
Saluran baharu ini memudahkan orang awam membuat aduan, memberi cadangan, mengemukakan pertanyaan dan menyalurkan penghargaan kepada kementerian dan agensi sektor awam dengan lebih cepat dan telus. Aplikasi “Respons Rakyat” ini boleh dimuat turun menerusi play store dan apps store di peranti telefon pintar masing-masing.
Namun begitu, saya juga menyeru agar semua jabatan membuat rondaan secara berterusan bagi mengenalpasti kerosakan yang berlaku seperti lampu tidak menyala, jalan berlubang, pokok yang membahayakan, rumput yang panjang serta longkang tersumbat.
Melalui “Skuad Hero” MBIP dan Southern Volunteer Iskandar Puteri, pihak Majlis sememangnya sentiasa bersedia bagi membantu masyarakat terutamanya bantuan yang melibatkan bencana seperti banjir, pokok tumbang, kebakaran dan lain-lain, bak kata pepatah ‘bahu memikul, hati menyokong’.
Baru-baru ini juga, team SV kita telah memberi bantuan dalam Misi Pasca Banjir Daerah Kota Tinggi selama 5 hari bermula 12 hingga 16 Januari 2024. Terima kasih di atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan bukan sahaja kepada organisani ini malah kepada masyarakat yang memerlukan.