Pusat Internet Komuniti > Flat Kenari

Sejarah Pembukaan
Perpustakaan Komuniti BJB bertempat di kawasan lapang Pangsapuri Kenari A1, Bandar Baru Kangkar Pulai. Perpustakaan ini dibina selepas permohonan rasmi daripada Pihak Perbadanan Pengurusan Kenari melalui program Bangsa Johor Bahagia (BJB) semasa lawatan YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor pada 1Ogos 2022. YAB Menteri Besar Johor bersetuju meluluskan “Outright Grant” sebanyak RM 200,000.00 bagi pembinaan ini. Pembinaan ini diselenggaran oleh Perbadanan Pengurusan Kenari dan dipantau oleh pihak UTM, Yayasan Zarith Sofia dan pihak MBIP.

Kronologi Pembinaan

Process_of_Creative_Thinking_Flowchart_Graph.png

Perasmian Flat Kenari

Dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada 4 Mac 2024

Kelengkapan dan kemudahan yang disediakan

  • Ruang untuk belajar secara berkumpulan
  • Ruang untuk membaca
  • Pinjaman buku
  • Printing dan fotostat
  • Komputer berinternet untuk mencari maklumat

Objektif Pembangunan

  • Menyediakan sumber-sumber bacaan ringan kepada komuniti.
  • Menyediakan ruangan untuk anak-anak membuat pembelajaran secara berkumpulan.
  • Menjadi pusat pelaksanaan program berasaskan kepada pendidikan.

Waktu Operasi

Hari : Isnin - Sabtu

Masa : 2.00 petang - 5.30 petang

Gambar Pusat Komuniti Flat Kenari




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri