Senarai WiFi@Johor

Dalam revolusi budaya siber, banyak perubahan berlaku khususnya dalam pembangunan teknologi komunikasi dan Maklumat. Perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat yang semakin pesat bukan sahaja memberi kesan positif kepada masyarakat untuk lebih maju ke hadapan. Jalur lebar tanpa wayar atau bahasa mudahnya wifi misalnya, bukan lagi suatu perkara yang asing dalam kehidupan seharian. Tanpa kita sedari, wifi sudah menjadi satu keperluan yang kritikal bagi sebahagian besar Masyarakat kita.


Screenshot_2024-04-02_0936151.png


Secara asasnya, Johor adalah antara negeri terawal yang menyediakan kemudahan wifi percuma kepada rakyatnya. Inisiatif yang dikenali sebagai Johor Wifi ini mula diperkenalkan semasa era pentadbiran Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin sebagai Menteri besar Johor.

Projek Johor Free Wifi telah dilancarkan serentak melibatkan 10 Daerah di negeri Johor pada 30 Ogos 2015 (Malam ambang Merdeka). Projek ini telah berkuatkuasa pada 01 Januari 2016 yang melibatkan 10 Daerah, 16 PBT dan 13 Projek Perumahan Rakyat di Negeri Johor yang menjadi tumpuan orang awam. Terdapat 18 lokasi di bawah seliaan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri antaranya adalah:


BIL. LOKASI
1. Pejabat Cawangan Taman Perling
2. Medan Selera Taman Mutiara Rini
3. Kawasan Awam Perumahan
4. Dewan Gelang Patah
5. Terminal Bas dan Teksi Gelang Patah
6. Taman Permainan Kanak-kanak (Taman Nusantara)
7. Hutan Bandar Mutiara Rini Pole 1
8. Hutan Bandar Mutiara Rini Pole 2
9. Hutan Bandar Mutiara Rini Pole 3
10. Taman Permainan Kanak-kanak (Jalan Hang Jebat)
11. Terminal Bas dan Teksi Taman Ungku Tun Aminah
12. Kolam Renang Taman Ungku Tun Aminah
13. Terminal Bas dan Teksi Taman Universiti
14. Medan Selera Taman Universiti
15. Medan Selera Taman Sri Pulai
16. Bangunan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
17. Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
18. Pondok Wakaf Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri